wiThout mE

Sunday, March 7, 2010

takkan pernah berakhir.

tiada yang berubah dalam hidup aku ni, kadang2 aku rasa bosan hidup macam ni, seolah2 tak ada arah nak tuju, nak mengadu... tp tiada siapa yang peduli, nak bercerita.. tapi tiada yang sudi mendengar, penah aku rasa hidup aku ni macam tak ada makna, nak aku akhirkan semua, semoga tiada beban di jiwa.. ada kawan untuk bergembira, tp tiada untuk menangis bersama, kadang2 aku pelik, manusia pandai menabur janji, tp tak pndai nak tepatinya, hidup aku musnah kerana mereka yang terlalu mementingkan diri, janji sentiasa diberi, tp... entah lah, aku bosan menagih simpati, hidup aku melarat sehingga kini, aku yang salah, kerana biar diri ini diperguna

hari ini aku rasa masaku terbuang mcm tu je, xada beza antara semalam, hari ini dan esok.. hidup tanpa warna.. gelap semata-mata, aku meraba mencari keperluan diri, tp xjumpa kerana tiada yang memberi, aku bukan meminta simpati, cuma aku boleh berjanji segala yang diberi akan ku ganti kembali, aku tak mahu mereka berfikir aku tiada nilai diri, tp... aku sudah berusaha, cuma tak jumpa apa yang aku cari.. aku tinggal kan semua kerana mereka, kadang kala aku benci, tp.. kesian pada pada dia yang sentiasa bersedih memikir kan nasib diri ini.. maaf kan aku, tiada niat untuk melukakan hati, banyak beban bertandang di nurani, asyik memikirkan apa yang tak diperolehi.

masalah ini tak pernah berakhir, penat aku berfikir, tp tiada jalan yang aku temui..... ya allah aku sentiasa meminta padamu, buka lah pintu hati ini, berilah sinar hidayah mu.. sesungguhnya aku memohon pada mu yg satu.. amin

Labels:

1 Comments:

At March 26, 2010 at 10:08 PM , Blogger Unknown said...

mana pergi diorg semua?
kenapa lari dari mereka?

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home