wiThout mE

Sunday, March 7, 2010

takkan pernah berakhir.

tiada yang berubah dalam hidup aku ni, kadang2 aku rasa bosan hidup macam ni, seolah2 tak ada arah nak tuju, nak mengadu... tp tiada siapa yang peduli, nak bercerita.. tapi tiada yang sudi mendengar, penah aku rasa hidup aku ni macam tak ada makna, nak aku akhirkan semua, semoga tiada beban di jiwa.. ada kawan untuk bergembira, tp tiada untuk menangis bersama, kadang2 aku pelik, manusia pandai menabur janji, tp tak pndai nak tepatinya, hidup aku musnah kerana mereka yang terlalu mementingkan diri, janji sentiasa diberi, tp... entah lah, aku bosan menagih simpati, hidup aku melarat sehingga kini, aku yang salah, kerana biar diri ini diperguna

hari ini aku rasa masaku terbuang mcm tu je, xada beza antara semalam, hari ini dan esok.. hidup tanpa warna.. gelap semata-mata, aku meraba mencari keperluan diri, tp xjumpa kerana tiada yang memberi, aku bukan meminta simpati, cuma aku boleh berjanji segala yang diberi akan ku ganti kembali, aku tak mahu mereka berfikir aku tiada nilai diri, tp... aku sudah berusaha, cuma tak jumpa apa yang aku cari.. aku tinggal kan semua kerana mereka, kadang kala aku benci, tp.. kesian pada pada dia yang sentiasa bersedih memikir kan nasib diri ini.. maaf kan aku, tiada niat untuk melukakan hati, banyak beban bertandang di nurani, asyik memikirkan apa yang tak diperolehi.

masalah ini tak pernah berakhir, penat aku berfikir, tp tiada jalan yang aku temui..... ya allah aku sentiasa meminta padamu, buka lah pintu hati ini, berilah sinar hidayah mu.. sesungguhnya aku memohon pada mu yg satu.. amin

Labels:

Sunday, October 4, 2009

keliru

hmm ape yg aku rasa skarang ni?? ntah la.. aku sendiri tak pasti.. pernah x aku rasa ape yg dia rasa?? ntah la.. aku pun meragui.. ya allah.. aku keliru.. keliru dgn perasaan sendiri.. semenjak dua menjak ni hati aku sering berbalah apa yg ingin ditunjukkn sebenarnya.. apa yg telah ditakdirkan untuk hidupku?? aku perlu menyendiri.. tanpa ada yg hadir di sekelilingku.. berikan aku masa untuk fikirkan apa yg terbuku dihati.. hari ini, ketika ini dan untuk saat ini..

Wednesday, April 22, 2009

keluhan rasa~~

Pejam celik, pejam celik, da dekat setahun aku kat sini
Dah lama tak ku coret kan apa yang terbuku dihati
Melalui tanpa pasti
Banyak pengalaman yang di lalui
Hampir tak tau ape sebenarnya yang nak di tujui
Ke kiri salah, kanan pun diragui
Ape yang akan terjadi nanti??
Adakah aku akan terus menanti,
menanti perhubungan yang tak pernah nak di terokai
Adakah aku yang rugi??
entahlah..
Mungkin ada hati yang akan dilukai,
benarkah ini takdirku
Menyintai tanpa di cintai
Mencari apa yang di ingini
Tapi tak pernah jumpa dengan apa yang di hajati
Ya allah, adakah ini takdirku
Takdir yang aku sendiri tak pasti akan kebenaran nya
Hidup tanpa arah
Arah yang aku sendiri tak tahu dimana hala tuju nya
Tak pernah terfikir
Tak pernah terlintas
Tak pernah sekalipun aku rasa
Semua yang terjadi tanpa aku pinta
Hati ku sering berbalah
Adakah aku yang salah memilih jalan ini
jalan yang terlalu berliku
jalan yang aku sendiri tak tahu akan kebenarannya
Pening aku fikirkan
Tak kira apa yang terjadi akan ku teruskan niat ku
Tanpa ku toleh ke kiri dan kanan
tanpa ku ingati masa lampau
Tanpa mengecewakan hati insan yg ku syg
adakah aku akan temui penghujung kisah ini?
kebenaran yang aku sendiri tak tahu
Akan ku tunggu hari yang tak pasti
Hari yang akan mengubah segala apa yang ku takuti
Semoga tuhan memberkati apa yang dihajati
Amin~~

Tuesday, November 25, 2008

hapy 4 u :)

td kawan me call.. hmm die nak kongsi guwd news dengan me... hmm finally die dapat jgk tempat yang die nak pegi.. im hapy 4 u sayang :) study smart, xmo main2 dah :) harapan mama ngan papa kan hihi cehhh macam kakak die plak eh hahahahah xpe la.. P/s : result ni mcm hadiah besday die je kan.. aina yang pegi, tapi wati plak yang lebih2 hahahha

Wednesday, November 19, 2008

kawan me tu nama die ayie.. (budget ensem hahahaha) die call me lagi bile da baca blog me tu.. hahahahah klaka la, rasa macam nak ketawa guling2 pun ada jgk.. dengan keadaan kesedihan akibat dimarahi oleh beliau.. me pun rasa macam nak upload lagi pic beliau.. kacak kan.. (dalam keadaan terpaksa kerana takut dimarahi beliau) maafkan kawan mu ini ye en ayie.. dirimu memang kacak, leh jadi model terkenal mcm anuar zain kot.. tapi me amat tertarik dengan topi beliau hahahahah

hmm btl ke ni..

hmm tadi kawan me call.. dari aritu lagi die suh masuk kan pic die kat dlm blog me ni.. dengan keadaan yang terpaksa me pun letak la har har har.. die ckp, die nk jadi model.. hahahah leh laku ke ni?(jangan marah ye cik abg oi) my best bud.. ensem ke?? kacak?? hahahhahaa ntah la.. hanya gulfren die je yang tau..

Thursday, November 13, 2008

dua jiwa~~

Aku mencari sebuah cinta
Cinta yang tak pernah wujud ketika ini
Kekeliruan perasaan menjadi gelora di hati
Ternyata tiada apa yang pasti
Hanya perasaan sendiri yang bermain di hati

Percayalah wahai cinta
Tiada yang pasti di hati ini
Hanya sebuah kekeliruan yang tiada kepastian
Perasaan yang datang memberi kekeliruan yang abadi

Aku hidup tanpa cinta sejati
Hadir nya belum pasti
Teman-teman memberi seribu pengharapan
Pengharapan yang tidak tertunai oleh hati

Dimana penghujung segala kisah??
Adakah takdir yang bersalah
Atau diri yang permainkan segala kisah..

Ya allah mengapa ini yang terjadi..
Mengapa aku diuji begini??
Mempunyai dua hati dan dua perasaan yang tiada erti
Menyintai insan yang tiada pasti
Aku kah yang bersalah??
Atau takdir yang harus dipersalahkan

Mengapa manusia harus dicintai??
Sedangkan manusia selalu permainkan setiap hati
Percayalah..
Cinta tidak hadir sendiri
Manusia yang harus mencari
Mencari cinta yang sejati
Ibarat bermain dengan hati sendiri
Menerima dengan setulus hati
Menolak segala kekeliruan dihati
Peace~~~~d